Memindahkan domain terurus Shopify ke kedai atau penyedia domain lain

Jika anda mempunyai domain yang diurus oleh Shopify dan anda tidak lagi mahu menggunakannya dengan kedai Shopify anda, maka anda boleh memindahkan domain anda ke kedai Shopify atau penyedia domain lain. Jika anda merancang untuk menyahaktifkan kedai Shopify anda dan anda mahu terus menggunakan domain yang diurus oleh Shopify, maka anda perlu memindahkan domain anda sebelum anda menyahaktifkan kedai anda.

Pindahkan domain terurus Shopify anda ke kedai Shopify yang berbeza

Anda boleh memindahkan domain terurus Shopify daripada satu kedai ke kedai Shopify yang berbeza dari halaman Domain. Apabila anda memindahkan domain anda, alamat pemajuan e-mel, rekod DNS dan subdomain anda akan dipindahkan bersama-sama domain.

Hanya pemilik kedai dan ahli kakitangan yang mempunyai kebenaran Pindahkan domain ke kedai Shopify yang lain boleh memindahkan domain terurus Shopify. Jika anda ingin menukar alamat e-mel penerimaan e-mel pemindahan, kemas kini alamat e-mel kedai sebelum anda meneruskan.

Langkah-langkah:

  1. Dari pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Domain.

  2. Dalam bahagian Domain, klik nama domain yang anda mahu pindahkan.

  3. Klik Tetapan domain > Pindahkan ke Kedai Shopify yang lain.

  4. Sahkan bahawa alamat e-mel pemilik kedai anda dikemaskinikan, kemudian klik Hantar pautan pemindahan.

  5. Apabila anda menerima mesej e-mel pemindahan, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Jika anda ialah pemilik kedai yang satu lagi atau ahli kakitangan yang mempunyai kebenaran Pindahkan domain ke Kedai Shopify yang lain, klik pautan pemindahan dalam teks e-mel dan log masuk ke Kedai Shopify tempat anda mahu memindahkan domain tersebut.
    • Jika anda bukan pemilik kedai yang satu lagi atau ahli kakitangan yang mempunyai kebenaran Pindahkan domain ke Kedai Shopify yang lain, majukan mesej e-mel tersebut kepada individu yang mempunyai kebenaran yang sewajarnya untuk kedai itu.

Agar pemindahan domain berjaya, pemilik kedai atau ahli kakitangan dengan kebenaran yang sewajarnya perlu log masuk ke Kedai Shopify secara terus daripada pautan pemindahan dalam mesej e-mel. Selepas pemindahan diterima, pemindahan domain ini boleh mengambil masa hingga 24 jam untuk selesai.

Pindahkan domain terurus Shopify anda kepada penyedia domain yang lain

Jika anda mahu memindahkan domain terurus Shopify kepada penyedia domain yang lain, anda perlu memindahkan domain dari pentadbir Shopify anda. Apabila anda memulakan proses pemindahan, domain anda dinyahkunci secara automatik. Untuk melengkapkan pemindahan, berikan kod kebenaran domain kepada penyedia domain baharu anda.

Sebelum anda memindahkan domain kepada penyedia domain yang lain, semak maklumat yang berikut:

  • Anda perlu menjadi pemilik kedai untuk memulakan pemindahan.
  • Jika anda memindahkan domain anda ke platform yang tidak menggunakan HTTPS, untuk tempoh 90 hari yang seterusnya, mesej ralat akan dipaparkan dalam pelayar apabila terdapat individu yang cuba melawati domain anda. Ketahui lebih lanjut tentang dasar HTTP Strict Transport Security (HSTS) Shopify dan penyelesaian ralat keselamatan.
  • Agar domain anda layak untuk pemindahan, anda perlu menunggu selama 60 hari selepas melakukan tugas yang berikut:
    • membeli domain
    • memindahkan domain kepada Shopify
    • menukar maklumat hubungan anda

Jika domain anda mempunyai mana-mana sambungan yang berikut, anda tidak boleh memindahkan domain tersebut sendiri dari pentadbir Shopify anda:

  • .be
  • .co.uk
  • .de
  • .ec
  • .eu
  • .se
  • .ph

Hubungi Sokongan Shopify untuk memulakan proses pemindahan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN).

Langkah-langkah:

  1. Dari pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Domain.

  2. Dalam bahagian Domain, klik nama domain yang anda mahu pindahkan.

  3. Klik Tetapan domain > Pindahkan ke penyedia lain.

  4. Semak maklumat dan kemudian klik Sahkan. Kod kebenaran domain dipaparkan pada halaman maklumat domain anda.

  5. Berikan kod kebenaran domain kepada penyedia domain baharu anda untuk mengesahkan pemindahan. Pemindahan yang berjaya boleh mengambil masa hingga 7 hari untuk selesai.

Jika anda tidak melengkapkan pemindahan domain dalam masa 30 hari, domain anda akan dikunci semula. Untuk melengkapkan pemindahan selepas 30 hari, anda perlu membatalkan pemindahan sedia ada dan memulakan proses pemindahan semula.

HTTP Strict Transport Security (HSTS)

HTTP Strict Transport Security (HSTS) ialah mekanisme keselamatan web yang memastikan bahawa pelayar hanya bersambung ke kedai dalam talian anda melalui sambungan selamat HTTPS. Penggunaan sambungan selamat dapat menghalang jenis serangan rangkaian tertentu dan membantu memastikan keselamatan data anda serta data pelanggan anda. HSTS sentiasa aktif pada domain anda selagi domain anda disambungkan kepada Kedai Shopify anda.

Jika anda mengalih keluar domain atau meninggalkan Shopify sepenuhnya, dasar HSTS Shopify akan kekal berkuat kuasa pada domain anda selama 90 hari tambahan. Jika anda memindahkan domain anda ke platform lain yang menggunakan HTTPS, anda tidak perlu melakukan sebarang prosedur tambahan.

Jika anda memindahkan domain anda ke platform yang tidak menggunakan HTTPS, untuk tempoh 90 hari seterusnya, mesej ralat akan dipaparkan dalam pelayar apabila terdapat individu yang cuba melawati domain anda. Mesej ralat mungkin menyatakan bahawa laman tersebut tidak dipercayai atau sijil tidak sah. Dalam hal ini, anda boleh melakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Tunggu sehingga tempoh 90 hari tamat.
  • Pindahkan domain anda ke platform yang menyediakan sijil TLS baharu.
  • Beli sijil TLS daripada pihak berkuasa sijil.

Jika anda mempunyai soalan tentang HSTS, hubungi Sokongan Shopify.