Penjejakan pesanan pada Shopify
Anda boleh membenarkan pelanggan menjejak pengiriman mereka. Selepas anda menambah nombor penjejakan pada pesanan yang dipenuhi, pelanggan boleh mengikuti penghantaran mereka melalui halaman status pesanan, e-mel pengiriman dan aplikasi Shop.
Pada halaman ini
Menambah maklumat penjejakan pada pesanan
Apabila anda memenuhi pesanan dan menambah nombor penjejakan, Shopify menggunakan maklumat tersebut untuk menghantar kemaskinian pengiriman kepada pelanggan anda. Pelanggan anda boleh mengakses penjejakan melalui halaman status pesanan, e-mel pemberitahuan pelanggan dan aplikasi Shop.
Anda boleh menambah maklumat penjejakan pada pesanan melalui cara yang berikut:
- Tambah penjejakan secara automatik, apabila anda membeli label pengiriman dalam pentadbir Shopify. Nombor penjejakan dan pengangkut ditambahkan pada pemenuhan secara automatik.
- Tambah penjejakan secara manual, apabila anda menggunakan pengangkut pengiriman yang tidak diintegrasikan dengan Shopify. Anda memasukkan nombor penjejakan semasa atau selepas pemenuhan dan pengangkut dikesan secara automatik. Jika pengangkut tidak dapat dicecam, maka anda boleh memilihnya daripada senarai juntai bawah atau memasukkan URL penjejakan secara langsung.
Jika anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk pemenuhan, seperti aplikasi, maka cara anda menambah maklumat penjejakan bergantung pada perkhidmatan yang anda gunakan. Jika perkhidmatan menyediakan maklumat penjejakan, maklumat tersebut ditambahkan secara automatik. Jika anda tidak pasti sama ada perkhidmatan pemenuhan anda menyediakan maklumat ini dalam integrasi mereka dengan Shopify, hubungi perkhidmatan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika anda mengirim pesanan tanpa nombor penjejakan, anda boleh menandakan pesanan sebagai dihantar daripada halaman butiran pesanan selepas pelanggan anda menerimanya. Jika tidak, pesanan akan kekal dalam status Dalam perjalanan pada halaman status pesanan.
Penjejakan pesanan untuk pelanggan
Pelanggan boleh menjejak pengiriman mereka melalui halaman status pesanan, e-mel pemberitahuan pengiriman dan aplikasi Shop.
Halaman status pesanan
Halaman status pesanan ialah tempat utama pelanggan menjejak pengiriman mereka. Selepas anda menambah nombor penjejakan, pelanggan boleh kembali ke halaman ini untuk menyemak status penghantaran mereka.
Pelanggan boleh mengakses halaman status pesanan melalui cara yang berikut:
- Daftar masuk ke akaun pelanggan mereka
- Klik pautan penjejakan dalam e-mel pengesahan pengiriman mereka
- Masukkan nombor pengesahan pesanan mereka dan sahkan e-mel atau nombor telefon mereka
Untuk pengiriman yang menggunakan pengangkut yang disokong, halaman status pesanan memaparkan kemaskinian tentang lokasi pengiriman.
Pemberitahuan e-mel
Pelanggan menerima e-mel pemberitahuan pada masa yang penting sepanjang penghantaran. Anda boleh menyesuaikan templat pemberitahuan atau menyahaktifkan pemberitahuan khusus dalam pentadbir Shopify anda di Tetapan > Pemberitahuan > Pemberitahuan pelanggan.
Aplikasi Shop
Aplikasi Shop memberikan pelanggan anda tempat khusus untuk menjejak semua pesanan mereka. Pelanggan boleh menggunakan ciri penjejakan pesanan yang berikut dalam aplikasi Shop:
- Kemas kini status pesanan
- Pemberitahuan semerta untuk tahap penting pengiriman
- Penjejakan peta langsung
- Anggaran tarikh penghantaran
Pesanan dari Kedai Shopify anda disegerakkan secara automatik ke akaun Shop pelanggan anda.
Untuk mengaktifkan pautan Jejak dengan Shop pada halaman status pesanan mudah alih anda, dalam pentadbir Shopify anda pergi ke Saluran jualan > Shop > Tetapan. Dalam bahagian Jejak dengan Shop, klik Urus dalam tetapan pembayaran.
Ketahui lebih lanjut tentang penyediaan Jejak dengan Shop.
Pengangkut pengiriman yang disokong
Penjejakan disokong untuk label pengiriman yang dibeli melalui Shopify dan untuk kebanyakan pengangkut di luar Shopify. Pengangkut yang tersedia untuk anda bergantung pada cara anda memenuhi pesanan.
Pengangkut yang disokong Shopify
Apabila anda membeli label pengiriman melalui pentadbir Shopify anda, penjejakan disertakan secara automatik. Ketersediaan pengangkut bergantung pada lokasi pengiriman lalai anda.
Ketahui lebih lanjut tentang pengangkut pengiriman yang berintegrasi dengan Shopify.
Pengangkut pengiriman pihak ketiga
Jika anda mengirim pesanan menggunakan pengangkut yang tidak disepadukan dengan Shopify, anda masih boleh menyediakan penjejakan dengan memasukkan nombor penjejakan apabila anda memenuhi pesanan. Shopify mengecam nombor penjejakan daripada ratusan pengangkut di seluruh dunia, termasuk pengangkut utama seperti DHL, UPS, FedEx, Canada Post, Australia Post dan EVRi. Pautan penjejakan yang boleh diklik dijanakan secara automatik untuk pelanggan anda.
Untuk mendapatkan senarai penuh pengangkut penjejakan yang disokong, rujuk syarikat penjejakan yang disokong dalam dokumentasi API Shopify.
Jika pengangkut anda tidak diecam secara automatik semasa pemenuhan atau jika pengangkut yang salah dikesan, anda boleh melakukan salah satu daripada yang berikut:
- Pilih pengangkut yang betul daripada menu juntai bawah Pengangkut pengiriman semasa pemenuhan. Pilihan manual anda diutamakan berbanding dengan pengesanan automatik.
- Jika pengangkut tidak disenaraikan, pilih Lain-lain. Masukkan URL penjejakan penuh yang disediakan oleh pengangkut anda.
Pelanggan boleh mengklik pautan untuk melawati laman web pengangkut dan menyemak butiran penjejakan mereka.