Memahami pembungkusan pengiriman dan berat
Semasa anda memenuhi pesanan, anda perlu memilih bungkusan yang sepadan dengan jenis bungkusan yang ingin anda gunakan.
Anda boleh menyimpan jenis bungkusan pilihan anda pada halaman tetapan Pengiriman dan penghantaran atau pada halaman Pemenuhan pesanan dalam pentadbir Shopify anda. Kebanyakan pengangkut mengenakan caj mengikut saiz dan berat, oleh itu penting untuk memastikan pembungkusan anda kecil. Apabila anda bersedia untuk membeli label pengiriman untuk pengiriman anda, bungkusan lalai kedai atau bungkusan yang dicadangkan akan diprapilih untuk anda, yang boleh anda ubah jika anda mahu menggunakan bungkusan disimpan yang berbeza.
Pada halaman ini
Jenis bungkusan yang disokong
Anda boleh menggunakan jenis bungkusan yang berikut untuk mengirimkan produk anda dengan label pengiriman.
Kotak
Kotak kadbod beralun. Had pengiriman bungkusan ditetapkan oleh pengangkut. Lilitan ialah ukuran di sekeliling bahagian tengah bungkusan, dan dikira sebagai 2x lebar + 2x tinggi. Panjang diukur pada sisi paling panjang bungkusan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan bungkusan maksimum untuk pengangkut tertentu, rujuk pengangkut yang disokong Shopify.
Pek lembut
Sampul surat berpad, mel gelembung atau sarung plastik (Tyvek atau Poli). Bungkusan yang lebih tebal daripada 3/4 inci tidak layak untuk kadar Mel Kelas Pertama USPS.
Sampul surat
Sampul surat yang besar dan rata dengan ketebalan tidak melebihi 3/4 inci.
Kadar sama rata
Pembungkusan kadar sama rata ditawarkan oleh kebanyakan pengangkut. Bungkusan ini tidak diletakkan harga mengikut saiz atau berat, sebaliknya mengikut saiz bungkusan yang telah ditetapkan dan kelajuan pengiriman yang telah anda pilih daripada pilihan yang tersedia oleh pengangkut anda.
Jika kedai anda berpangkalan di Amerika Syarikat, anda boleh menggunakan pembungkusan kadar sama rata USPS. Anda juga boleh meminta kit pengiriman USPS percuma untuk memulakannya. Pek Pelbagai Kadar Sama Rata Domestik merangkumi kotak kecil (1), sederhana (2) dan besar (1), yang boleh anda gunakan untuk mengirim pesanan domestik dan juga antarabangsa.
Jika kedai anda berpangkalan di Kanada, lawati panduan amalan terbaik pembungkusan Canada Post untuk mendapatkan lebih banyak petua pembungkusan.
Bungkusan pengangkut
Bungkusan pengangkut ialah bungkusan pengiriman yang tersedia daripada pengangkut dengan tanda yang menunjukkan bahawa bungkusan tersebut layak untuk kadar atau perkhidmatan khas. Bungkusan ini boleh diperoleh secara langsung daripada pengangkut. Jika anda menggunakan bungkusan yang sepadan dengan dimensinya, tetapi bungkusan tersebut tidak disediakan oleh pengangkut, maka bungkusan anda tidak layak untuk kadar atau perkhidmatan khas.
Bungkusan pengangkut USPS
USPS menawarkan pilihan bungkusan Kadar Sama Rata Priority Mail yang berikut:
- Kotak kadar sama rata USPS - kecil (8.6 x 5.4 x 1.6 inci)
- Kotak kadar sama rata USPS - sederhana (11 x 8.5 x 5.5 inci)
- Kotak kadar sama rata USPS - sederhana cetek (11.9 x 3.4 x 13.6 inci)
- Kotak kadar sama rata USPS - besar (12 x 12 x 5.5 inci)
- Sampul surat kadar sama rata USPS (12.5 x 9.5 x 0.5 inci)
- Sampul surat kadar sama rata USPS - legal (15 x 9.5 x 0.5 inci)
- Sampul surat kadar sama rata USPS - berpad (12.5 x 9.5 x 0.5 inci)
Pembungkusan kadar sama rata USPS hanya tersedia untuk kedai yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Harga kadar sama rata ditentukan oleh pembungkusan yang anda pilih. Had berat ialah 70 lb untuk pengiriman domestik dan 4 lb untuk pengiriman antarabangsa apabila menggunakan pembungkusan pengangkut kadar sama rata melalui USPS. Anda dikenakan caj untuk harga kotak atau sampul surat kadar sama rata dan bukannya berat bungkusan atau jarak yang perlu dilalui.
Bungkusan pengangkut UPS
UPS menawarkan pilihan pembungkusan Express yang berikut:
- PAK (17 × 13 × 1 inci, 8.55 oz)
- Sampul Surat Express (12.5 × 9.5 × 1 inci, 1.45 oz)
- Sampul Surat Express Legal (15 × 9.5 × 1 inci, 1.45 oz)
- Kotak Express Kecil (13 × 11 × 2 inci, 5.75 oz)
- Kotak Express Sederhana (16 × 11 × 3 inci, 8.11 oz)
- Kotak Express Besar (18 × 13 × 3 inci, 9.7 oz)
- Had berat ialah 30 lbs
Sampul surat dan kotak Express dikirim melalui UPS Next Day Air, UPS 2nd Day Air dan perkhidmatan Antarabangsa. Perkhidmatan UPS yang lain tidak tersedia apabila menggunakan bungkusan ini.
Pakej pengangkut FedEx
FedEx menawarkan pilihan pembungkusan FedEx One Rate® yang berikut:
- FedEx Envelope (9.5 × 12.5 × 3 in, 0.113 lb)
- FedEx Padded Envelope (9.75 × 11.5 × 3 in, 0.113 lb)
- FedEx Reusable Envelope (9.5 × 15.5 × 3 in, 0.113 lb)
- FedEx Extra Small Box (7.25 × 2.5 × 4.688 in, 0.099 lb)
- FedEx Small Pak (10.25 × 12.75 × 5 in, 0.063 lb)
- FedEx Large Pak (12 × 15.5 × 5 in, 0.063 lb)
- FedEx Padded Pak (11.75 × 14.75 × 5 in, 0.063 lb)
- FedEx Reusable Sturdy Pak (10 × 14.5 × 5 in, 0.063 lb)
- FedEx Small Box - 1 (10.875 × 1.5 × 12.375 in, 0.281 lb)
- FedEx Small Box - 2 (8.75 × 2.625 × 11.25 in, 0.281 lb)
- FedEx Medium Box - 1 (11.5 × 2.375 × 13.25 in, 0.406 lb)
- FedEx Medium Box - 2 (8.75 × 4.375 × 11.25 in, 0.406 lb)
- FedEx Large Box - 1 (12.375 × 3 × 17.5 in, 0.906 lb)
- FedEx Large Box - 2 (8.75 × 7.75 × 11.25 in, 0.906 lb)
- FedEx Extra Large Box - 1 (11.875 × 10.75 × 11 in, 2.313 lb)
- FedEx Extra Large Box - 2 (15.75 × 14.125 × 6 in, 2.313 lb)
- FedEx Tube (6 × 6 × 38 in, 1 lb)
Bahan pembungkusan percuma
Banyak pengangkut menawarkan pembungkusan percuma untuk digunakan dengan kadar pengiriman yang khusus. Walaupun tiada kos untuk pembungkusan tersebut, anda mungkin perlu mencipta akaun percuma dengan pengangkut supaya mereka boleh menghantarnya kepada anda. Pengangkut yang disokong oleh Shopify berikut menawarkan pembungkusan percuma:
Berat produk lazim
Anda perlu menyertakan berat yang tepat bagi produk anda supaya pelanggan anda dicaj jumlah yang betul untuk pengiriman. Berat produk yang tepat juga memastikan bahawa anda dicaj dengan betul untuk label USPS, DHL Express dan Canada Post yang anda beli melalui Shopify.
Sementara anda mendapatkan penimbang untuk ukuran yang tepat, anda boleh menggunakan panduan umum yang berikut:
| Berat | Produk |
|---|---|
| Kurang daripada 8 oz | Item ringan seperti barang kemas, jam tangan, sarung telefon, pakaian ringan (sebagai contoh, skarf), aksesori, stoking atau pakaian dalam. Item ini boleh dikirimkan dalam pembungkus poli atau pembungkus gelembung. |
| 8–16 oz | Kebanyakan item pakaian (sebagai contoh, kemeja-T atau blaus), atau jam tangan di dalam kotaknya. Kebanyakan item ini boleh dikirimkan dalam pembungkus poli, pembungkus gelembung atau kotak kecil. |
| 1–2 lb | Item pakaian yang lebih berat (sebagai contoh, jaket atau seluar dres), telefon bimbit di dalam kotaknya, kasut sniker atau item ringan yang perlu dikirimkan dalam kotak kecil. |
| 2–3 lb | Seluar jean atau elektronik kecil (sebagai contoh, kamera kecil). Item ini boleh dikirimkan dalam kotak kecil. |
| 3–4 lb | Satu set blok mainan kanak-kanak, beberapa buah buku kulit lembut, kasut lelaki atau kamera besar berserta aksesori. Item ini boleh dikirimkan dalam kotak kecil. |
| 4–5 lb | Item bersaiz sederhana hingga besar (sebagai contoh, set penuh cadar atau kotak susun suai gambar). Item ini boleh dikirimkan dalam kotak sederhana. |
| 5–6 lb | Alat memasak individu, perkakas atas meja kecil atau permainan papan di dalam kotak. Item ini boleh dikirimkan dalam kotak sederhana, walaupun sesetengah buku yang lebih besar mungkin lebih muat dalam jenis pembungkusan yang lain (sebagai contoh, pembungkus gelembung). |
| 6–7 lb | Mainan besar (sebagai contoh, anak patung), but kerja atau peralatan sukan yang kecil. Item ini boleh dikirimkan dalam kotak sederhana. |
| 7–8 lb | Set alat memasak atau perkakas atas meja sederhana (sebagai contoh, pembakar roti). Item ini boleh dikirimkan dalam kotak sederhana atau besar. |
| 8–9 lb | Radio besar atau pemain DVD. Item ini boleh dikirimkan dalam kotak besar. |
| 9–10 lb | Set item (sebagai contoh, beberapa buah buku atau helai pakaian), atau hiasan rumah. Item ini boleh dikirimkan dalam kotak sederhana atau besar, walaupun sesetengah buku yang lebih besar mungkin lebih muat dalam jenis pembungkusan yang lain (sebagai contoh, pembungkus gelembung). |
Selepas anda menambahkan berat pada produk anda, pastikan berat dan dimensi pembungkusan anda juga tepat. Kebanyakan pembungkusan yang disediakan oleh pengangkut memaparkan dimensi pada kotak. Ketahui lebih lanjut tentang menambah bungkusan.
Berat dimensi
Dimensi bungkusan lalai anda akan dihantar kepada pengangkut pengiriman anda bersama-sama dengan berat pesanan anda untuk mengira kadar pengiriman bagi pelanggan anda. Berat dimensi ditentukan oleh pengangkut berdasarkan ketinggian, kelebaran dan kedalaman bungkusan anda. Berat dimensi digunakan pada sesetengah perkhidmatan penghantaran apabila jumlah kepanjangan x kelebaran x ketinggian sesebuah bungkusan melebihi 1 kaki padu (1728 inci padu).
Jika berat dimensi anda lebih besar daripada berat pesanan anda, pelanggan anda akan dicaj untuk berat dimensi bagi pesanan mereka. Jika anda berpendapat bahawa kadar yang dijana terlalu tinggi atau terlalu rendah, anda boleh melaraskan kadar yang dikira anda untuk menaikkan atau menurunkan kadar pengiriman anda mengikut keperluan.
Pengiraan berat dimensi berbeza antara pengangkut. Rujuk pengangkut yang anda gunakan untuk mendapatkan butiran tentang dasar berat dimensi mereka.
Pengangkut yang berikut mempunyai dasar berat dimensi:
Pengangkut tanpa dasar berat dimensi:
Untuk menyediakan bungkusan bagi mengira kadar pengiriman di pembayaran, rujuk Mengurus bungkusan lalai kedai anda.