Soalan lazim tentang SEO

Mengapakah laman saya tidak dipaparkan dalam hasil enjin carian?

Terdapat beberapa sebab kedai dalam talian anda tidak dipaparkan dalam hasil enjin carian:

  • Kedai dalam talian anda terlalu baharu. Enjin carian kerap mengindeks laman baharu, tetapi jika laman anda baharu, ia mungkin belum diindeks. Anda boleh cuba mempercepat proses ini dengan menyerahkan peta laman anda kepada Google Search Console.
  • Anda mempunyai kata laluan pada kedai dalam talian anda. Ketahui cara untuk mengalih keluar kata laluan kedai dalam talian anda.
  • Anda masih menggunakan akaun percubaan. Enjin carian tidak mengindeks kedai percubaan. Apabila anda sudah bersedia, pilih pelan Shopify.
  • Anda baru-baru ini telah bermigrasi dari platform lain dan hala semula daripada laman web lama anda belum dilaksanakan. Ketahui cara untuk mengekalkan kedudukan enjin carian anda apabila anda memigrasikan kedai anda kepada Shopify.
  • Anda perlu terus menambah kata kunci dan kandungan berkaitan pada kedai dalam talian anda. Ini merupakan sebab paling lazim kedai dalam talian anda mungkin tidak mendapat kedudukan tinggi dalam hasil enjin carian. Pembangunan strategi kandungan dan pencarian cara untuk menjadikan kedai anda unik akan membantu bagi jangka masa panjang.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada laman saya telah diindeks oleh Google?

Anda boleh mencari kedai dalam talian anda di Google menggunakan carian laman untuk menyemak sama ada laman anda telah diindeks oleh Google.

Dalam carian Google, masukkan site:yourshopifystore.com, dengan menggantikan yourshopifystore.com dengan URL kedai dalam talian anda. Jika halaman daripada kedai dalam talian anda dipaparkan dalam hasil carian, bermakna Google mengindeks laman anda.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengetahui sama ada laman anda telah diindeks daripada Bantuan Google Search Console.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada laman saya dioptimumkan untuk enjin carian?

Terdapat banyak alat percuma dan berbayar untuk menganalisis pengoptimuman enjin carian kedai dalam talian anda, atau anda boleh mencari aplikasi untuk menguji SEO dalam Shopify App Store.

Bagaimanakah cara untuk saya mengesahkan ketiadaan elemen seperti tajuk atau tag H1 daripada halaman saya?

Kaedah paling berkesan untuk memahami elemen yang ada dalam halaman anda adalah dengan menyemak cara enjin carian memaparkan halaman anda. Hal ini boleh dicapai menggunakan alat pemeriksaan URL yang disediakan. Alat ini membolehkan anda menyemak paparan halaman anda kepada enjin carian dan sama ada pemaparan halaman anda berfungsi seperti yang dijangkakan.

Sebagai contoh, selepas mengesahkan kedai anda dengan Google Search Console, anda boleh menggunakan alat pemeriksaan URL mereka untuk menyemak pemaparan halaman anda oleh Google. Dari situ, anda boleh menggunakan fungsi carian untuk mencari elemen halaman tertentu.

Kaedah ini boleh berguna untuk mengesahkan isu SEO pada halaman, seperti ketiadaan tajuk atau tag H1.

Bagaimanakah cara untuk saya menyahpepijat elemen halaman yang tiada seperti tajuk atau H1 yang tiada?

Apabila pemaparan sebahagian daripada halaman tidak berfungsi seperti yang dijangkakan, hal ini lazimnya disebabkan oleh pengeditan pada fail tema. Pengeditan ini boleh dilakukan secara manual dalam penyunting kod atau secara automatik oleh aplikasi.

Jika anda selesa menyemak fail tema, anda mungkin boleh mengenal pasti punca masalah itu sendiri. Jika tidak, menghubungi sokongan Shopify juga boleh membantu anda.

Menyiasat ketiadaan tajuk halaman

Semua tema Online Store 2.0 dan tema yang menyokong blok tema yang dibina oleh Shopify seharusnya mempunyai tag tajuk yang sah secara lalai. Jika anda mengesyaki bahawa suatu halaman kehilangan tag tajuk, hal ini kemungkinan hasil daripada kod tersuai atau aplikasi.

Isu biasa termasuklah:

  • terpadam elemen <title> daripada fail liquid yang berkenaan secara tidak sengaja
  • menggunakan logik bersyarat yang mengecualikan beberapa jenis halaman daripada mempunyai tag tajuk
  • aplikasi memperkenalkan logik tag tajuk baharu yang tidak terpakai kepada beberapa jenis halaman

Menyiasat pengepala H1 halaman yang hilang

Semua tema Online Store 2.0 dan tema yang menyokong blok tema yang dibina oleh Shopify seharusnya mempunyai tag <h1> yang sah secara lalai. Jika anda mengesyaki bahawa suatu halaman kehilangan pengepala H1, maka kemungkinan hal ini hasil daripada kod tersuai atau aplikasi.

Kod yang menjana tag <h1> bergantung pada jenis halaman.

Di manakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang SEO?

Terdapat banyak sumber dalam talian yang tersedia tentang SEO. Semak maklumat paling terkini, kerana pembangun enjin carian sentiasa melancarkan strategi baharu bagi mencari kandungan yang paling berkaitan.

Berikut ialah beberapa tempat untuk mempelajari tentang SEO dalam talian: