Kebenaran Point of Sale

Kebenaran POS memberikan akses kepada bahagian Shopify POS yang berbeza serta saluran Point of Sale untuk mengurus tugasan peringkat POS.

Anda boleh menetapkan kebenaran POS kepada kakitangan POS anda dengan memilih kebenaran tertentu. Anda juga boleh Pilih semua kebenaran untuk menetapkan semua kebenaran peringkat POS yang tersedia kepada sesuatu peranan. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus peranan.

Walaupun kebenaran POS mengawal kakitangan yang boleh melaksanakan sesuatu tindakan, anda boleh menyemak kakitangan yang melaksanakan tindakan daftar berisiko tinggi dalam log aktiviti POS.

Kelulusan pengurus

Kebenaran kelulusan Pengurus Point of Sale
KebenaranPerihalan
Kelulusan pengurus

Kakitangan Point of Sale boleh meluluskan tindakan kakitangan dengan memasukkan PIN mereka. Pengguna yang mempunyai kebenaran pengurusan peranan boleh mengedit peranan untuk membenarkan Kelulusan pengurus. Untuk meluluskan sesuatu tindakan, kakitangan memerlukan kedua-dua Kelulusan pengurus dan kebenaran yang diperlukan ditetapkan kepada Dibenarkan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membenarkan kakitangan meluluskan tindakan
  • Dinafikan, yang mengehadkan kakitangan daripada meluluskan tindakan

Perihalan kebenaran peranan POS

Anda boleh menetapkan kebenaran peringkat POS yang berikut kepada peranan POS.

Pembayaran

Kebenaran pembayaran Point of Sale
KebenaranPerihalan
Tambah jualan tersuai

Kakitangan Point of Sale boleh mencipta jualan tersuai.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah jualan tersuai
  • Dinafikan, yang mengehadkan kakitangan daripada menambah jualan tersuai
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan yang mempunyai kelulusan pengurus dan kebenaran tambah jualan tersuai yang dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Kirim kepada pelanggan

Kakitangan Point of Sale boleh mengirim troli kepada pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengirim kepada pelanggan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengirim kepada pelanggan
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran mengirim kepada pelanggan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Edit cukai

Kakitangan Point of Sale boleh mengedit cukai pada pesanan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengedit cukai
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengedit cukai
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran mengedit cukai dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Terima pembayaran kredit dan debit luar talian

Anda perlu mengaktifkan pembayaran luar talian untuk menetapkan kebenaran ini.

Kakitangan Point of Sale boleh menerima pembayaran kredit dan debit luar talian

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan memproses pembayaran kredit dan debit luar talian
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada memproses pembayaran kredit dan debit luar talian
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran menerima pembayaran kredit dan debit luar talian dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi memproses jualan luar talian

Diskaun

Kebenaran diskaun Point of Sale
KebenaranPerihalan
Gunakan diskaun tersuai

Kakitangan Point of Sale boleh menggunakan diskaun tersuai pada keseluruhan troli dan item baris tunggal.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menggunakan diskaun tersuai
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menggunakan diskaun tersuai
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran menggunakan diskaun dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Gunakan kod diskaun

Kakitangan Point of Sale boleh menggunakan kod diskaun pada keseluruhan troli.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menggunakan kod diskaun
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menggunakan kod diskaun
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran menggunakan diskaun dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Pesanan

Kebenaran pesanan Point of Sale
KebenaranPerihalan
Urus pesanan di semua lokasi

Kakitangan Point of Sale boleh menguruskan pesanan bagi semua lokasi.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengurus pesanan tanpa mengira lokasi peranti
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengurus pesanan untuk semua lokasi. Kakitangan hanya boleh mengurus pesanan yang dibuat di lokasi peranti tersebut

Urus atribusi jualan untuk pesanan

Kakitangan Point of Sale boleh menambah, mengedit atau memadamkan atribusi kakitangan pada pesanan yang lengkap.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengedit atribusi kakitangan pada pesanan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengedit atribusi kakitangan pada pesanan

Pulangkan dan tukar pesanan

Kakitangan Point of Sale boleh membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Pulangkan item yang tidak layak

Kakitangan Point of Sale boleh memulangkan item yang tidak layak, seperti item yang tempoh pemulangannya telah luput.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan memulangkan item yang tidak layak
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada memulangkan item yang tidak layak
  • Kelulusan diperlukan, yang mewajibkan kakitangan yang mempunyai kelulusan pengurus serta kebenaran pulangkan dan tukar pesanan yang dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Cipta pemulangan yang tidak disahkan

Kakitangan Point of Sale boleh mencipta pemulangan yang tidak disahkan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mencipta pemulangan yang tidak disahkan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mencipta pemulangan yang tidak disahkan
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Lengkapkan pemulangan yang sedang berjalan

Kakitangan Point of Sale boleh melengkapkan pemulangan atau pertukaran yang sedang berjalan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan melengkapkan pemulangan yang sedang berjalan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada melengkapkan pemulangan yang sedang berjalan
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Urus penstokan semula item

Kakitangan Point of Sale boleh mengurus tempat item ditambah stok semula semasa pemulangan atau pertukaran.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengurus penstokan semula
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengurus penstokan semula
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Alih keluar item belum dipenuhi

Kakitangan Point of Sale boleh mengalih keluar item belum dipenuhi daripada pemulangan atau pertukaran.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengalih keluar item belum dipenuhi daripada pemulangan atau pertukaran
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada mengalih keluar item belum dipenuhi daripada pemulangan atau pertukaran
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Batalkan

Kakitangan Point of Sale boleh membatalkan pemulangan atau pertukaran.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan membatalkan pemulangan atau pertukaran
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada membatalkan pemulangan atau pertukaran
  • Kelulusan diperlukan, yang menghendaki kakitangan dengan kelulusan pengurus dan kebenaran membuat bayaran balik dan pertukaran pesanan dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Urus pesanan draf di semua lokasi

Kakitangan Point of Sale boleh melihat, mengambil semula dan mengedit pesanan draf dari lokasi runcit yang lain.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan melihat, mengambil semula, mengedit dan membuat pembayaran pesanan draf dari lokasi runcit yang lain
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada melihat, mengambil semula dan mengedit pesanan draf dari lokasi runcit yang lain. Jika kakitangan dinafikan, maka kakitangan tidak boleh mengakses pesanan draf yang dicipta dari panel pentadbir

Penuhi pesanan pengiriman dan pengambilan

Kakitangan Point of Sale boleh menyediakan dan memenuhi pesanan pengiriman menggunakan Kirim dari Kedai, dan memenuhi pesanan ambil di kedai dalam Shopify POS.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menggunakan Kirim dari Kedai dan memenuhi pesanan ambil di kedai
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menggunakan Kirim dari Kedai dan daripada memenuhi pesanan ambil di kedai

Tugaskan semula atau batalkan pemenuhan

Kakitangan Point of Sale boleh menugaskan semula pesanan bagi pemenuhan ke lokasi yang berbeza.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menggunakan Penghalaan Pesanan untuk menugaskan semula pesanan ke lokasi yang berbeza
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menugaskan semula pesanan ke lokasi yang berbeza

Urus pemindahan

Kakitangan Point of Sale boleh memenuhi dan menerima pemindahan inventori.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menerima dan memenuhi pemindahan.
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada memenuhi dan menerima pemindahan.

Pelanggan

Kebenaran pelanggan Point of Sale
KebenaranPerihalan
Cipta pelanggan baharu

Kakitangan Point of Sale boleh menambah pelanggan baharu dan sedia ada ke dalam troli serta melihat maklumat asas pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah maklumat pelanggan
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menambah maklumat pelanggan

Edit butiran pelanggan

Kakitangan Point of Sale boleh mengedit maklumat pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah dan menguruskan maklumat
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menguruskan maklumat pelanggan

Padamkan pelanggan

Kakitangan Point of Sale boleh memadamkan pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah dan menguruskan maklumat
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menguruskan maklumat pelanggan

Lihat butiran pelanggan

Kakitangan Point of Sale boleh melihat butiran pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan melihat alamat e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran pelanggan
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada melihat alamat e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran pelanggan

Lihat medan meta

Kakitangan Point of Sale boleh melihat maklumat medan meta pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah dan menguruskan maklumat
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menguruskan maklumat pelanggan

Edit medan meta

Kakitangan Point of Sale boleh mengedit maklumat medan meta pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah dan menguruskan maklumat
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menguruskan maklumat pelanggan

Tebus kredit kedai

Kakitangan Point of Sale boleh menerima transaksi yang menggunakan kredit kedai sebagai kaedah pembayaran.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan memproses transaksi dengan kredit kedai
  • Kelulusan diperlukan, yang memerlukan Pengurus untuk meluluskan jualan
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada memproses transaksi dengan kredit kedai

Urus kredit kedai

Kakitangan Point of Sale boleh menambah atau mengalih keluar kredit kedai daripada akaun pelanggan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menambah dan menguruskan maklumat
  • Kelulusan diperlukan, yang memerlukan Pengurus untuk meluluskan kemas kini
  • Dinafikan, yang menyekat kakitangan daripada menguruskan maklumat pelanggan

Aplikasi

Kebenaran aplikasi Point of Sale
KebenaranPerihalan
Gunakan aplikasi yang berfungsi dengan Shopify POS

Kakitangan Point of Sale boleh menggunakan aplikasi yang dipasang pada Shopify POS.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan menambah dan mengurus aplikasi yang berfungsi dengan Shopify POS
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada menambah dan mengurus aplikasi yang berfungsi dengan Shopify POS

Urus sambungan UI POS

Kakitangan POS boleh mengurus sambungan UI POS

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan menambah dan mengurus sambungan UI POS
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada menambah dan mengurus sambungan UI POS

Analisis

Kebenaran analisis Point of Sale
KebenaranPerihalan
Lihat analisis untuk lokasi peranti

Kakitangan Point of Sale boleh melihat laporan Jualan Harian untuk lokasi mereka.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan melihat analisis untuk lokasi peranti
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada melihat analisis untuk lokasi peranti

Daftar

Kebenaran daftar Point of Sale
KebenaranPerihalan
Urus penjejakan pembayaran

Benarkan kakitangan melihat butiran daripada sesi semasa dan menambah atau mengeluarkan wang tunai. Jika ditolak, maka wang tunai yang dijangkakan masih dapat dilihat.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan melihat dan melaraskan sesi penjejakan pembayaran semasa
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada melihat dan melaraskan sesi penjejakan pembayaran semasa

Lihat sejarah sesi penjejakan pembayaran

Kakitangan Point of Sale boleh melihat butiran sesi penjejakan pembayaran sebelumnya.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan melihat sejarah sesi penjejakan pembayaran
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada melihat sejarah sesi penjejakan pembayaran

Mulakan dan tamatkan sesi penjejakan pembayaran

Kakitangan Point of Sale boleh memulakan dan menamatkan sesi penjejakan pembayaran secara manual.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan memulakan dan menamatkan sesi penjejakan pembayaran
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada memulakan atau menamatkan sesi penjejakan pembayaran, tetapi sesi penjejakan pembayaran bermula secara automatik selepas sesuatu jualan

Akses sesi penjejakan tunai dalam saluran POS

Kakitangan Point of Sale boleh melihat, mencetak dan mengeksport sesi penjejakan tunai serta ringkasan daftaran daripada semua lokasi POS Pro.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan mengakses sesi penjejakan tunai dalam saluran POS
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada mengakses sesi penjejakan tunai dalam saluran POS

Tamatkan sesi penjejakan pembayaran daripada pentadbir

Kakitangan Point of Sale boleh menamatkan sesi penjejakan pembayaran yang dibuka dari jauh dari mana-mana lokasi POS Pro.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan menamatkan sesi penjejakan pembayaran daripada pentadbir
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada menamatkan sesi penjejakan pembayaran daripada pentadbir

Buka laci

Kakitangan Point of Sale boleh membuka laci wang tunai menggunakan tindakan troli.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan membuka laci wang tunai
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada membuka laci wang tunai, tetapi masih terbuka secara automatik selepas jualan tunai

Tetapan kedai

Kebenaran tetapan Point of Sale
KebenaranPerihalan
Sesuaikan grid pintar

Kakitangan Point of Sale boleh menambah, mengedit dan memadamkan jubin pintar pada skrin utama untuk POS di lokasi peranti.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan menyesuaikan grid pintar untuk lokasi peranti
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada menyesuaikan grid pintar untuk lokasi peranti

Urus tetapan pembayaran untuk peranti

Kakitangan Point of Sale boleh mengubah tetapan pembayaran untuk peranti POS di lokasi peranti daripada Shopify POS atau daripada saluran Point of Sale dalam pentadbir Shopify.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan mengurus tetapan pembayaran untuk peranti
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada mengurus tetapan pembayaran untuk peranti

Urus pembayaran luar talian

Kakitangan Point of Sale boleh mengurus tetapan pembayaran luar talian dalam saluran Point of Sale.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, membolehkan kakitangan mengurus pembayaran luar talian
  • Ditolak, mengehadkan kakitangan daripada mengurus pembayaran luar talian

Tukar peranti kepada pembayaran luar talian

Kakitangan Point of Sale boleh menghidupkan pembayaran luar talian secara manual daripada peranti POS mereka semasa mengalami masalah sambungan. Apabila dihidupkan, kakitangan boleh menerima wang tunai dan kaedah pembayaran tersuai.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menghidupkan pembayaran luar talian daripada peranti POS
  • Ditolak, yang menyekat kakitangan daripada menghidupkan pembayaran luar talian
  • Kelulusan diperlukan, yang memerlukan kakitangan dengan kebenaran kelulusan pengurus dan menukar peranti kepada pembayaran luar talian yang dibenarkan untuk memasukkan PIN mereka bagi melengkapkan tindakan

Urus tetapan resit

Kakitangan Point of Sale boleh menukar tetapan resit bercetak untuk peranti POS.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengurus tetapan resit
  • Ditolak, yang menyekat kakitangan daripada mengurus tetapan resit

Urus maklumat pembayaran yang diperlukan dalam saluran POS

Kakitangan Point of Sale boleh melihat dan mengedit maklumat pembayaran POS yang diperlukan dalam tetapan.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan mengurus tetapan maklumat pembayaran yang diperlukan
  • Ditolak, yang menyekat kakitangan daripada mengurus tetapan maklumat pembayaran yang diperlukan

Tukar lokasi peranti

Kakitangan Point of Sale boleh menukar tetapan lokasi peranti.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan menukar lokasi peranti
  • Ditolak, yang menyekat kakitangan daripada menukar lokasi peranti

Log keluar daripada aplikasi POS

Kakitangan Point of Sale boleh log keluar daripada Shopify POS.

Anda boleh menetapkan kebenaran ini kepada salah satu pilihan yang berikut:

  • Dibenarkan, yang membolehkan kakitangan log keluar daripada aplikasi POS
  • Ditolak, yang menyekat kakitangan daripada log keluar daripada aplikasi POS

Kebenaran tambahan untuk akses saluran Point of Sale

Selain mana-mana kebenaran POS yang berkaitan, kakitangan dengan kebenaran terhad memerlukan kebenaran pentadbir yang sewajarnya untuk mengakses tindakan saluran POS yang berikut:

Kebenaran tetapan Point of Sale
Tindakan saluran jualanKebenaran pentadbir yang diperlukanKebenaran POS yang diperlukan
Lihat saluran POSTiadaBerikan akses Point of Sale kepada kakitangan ini
Tambah lokasiLokasi

Hanya pemilik kedai boleh mengubah langganan POS Pro.

Tiada
Lihat laporanLaporanTiada
Lihat data jualan untuk suatu lokasiLaporan

Hanya pemilik kedai boleh mengubah langganan POS Pro.

Tiada
Urus tetapan resitTiadaUrus tetapan resit
Muat naik logo untuk penyesuaian resitTema, Halaman, atau ProdukTiada